Thursday, November 19, 2009

Pemantauan Khidmat Sokongan Bestari

Hari ini En. Yap yang merupakan salah seorang pensyarah IPG Kampus Ipoh telah datang ke sekolah saya untuk memantau program khidmat sokongan bestari. Beliau mengucapkan syabas kepada saya dan guru-guru di sekolah kerana telah merancang dan menjalankan program bestari dengan jayanya. Beliau telah mengambil gambar kain rentang pembestarian sekolah,papan notis bestari dan juga fail tegak. Beliau juga telah mengambil folio saya untuk dijadikan contoh kepada peserta latihan guru bestari akan datang.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Wednesday, November 4, 2009

mula sibuk

Akhir-akhir ini semakin sibuk dibuatnya.Maklum saja dah nak hujung tahun ni macam-macam perkara perlu disemak dan ditutup.Kadang-kadang tension juga.Tapi tak pe le, sebab minat keje ni telan saja tension-tension tu. Kepada rakan setugas di Kampung Bahagia, apa khabar anda di saja. Program kursus dah on ke?
Program saya alhamdulillah,dah puas bertekak dengan akak sorang tu akhirnya boss saya setuju. Jadi setakat ni dah dua inhouse dibuat.Laporan saje belum buat lagi.Tak menang tangan rasanya.
Ok le, saya permisi dulu....