Thursday, October 22, 2009

Berakhir kursus bestari

Hari ini hari terakhir saya mengikuti kursus bestari di IPGM,Kampus Ipoh. Pelbagai maklumat diperolehi daripada kursus ini. Terima kasih kepada semua pensyarah yang tidak lokek berkongsi ilmu dengan saya serta semua peserta kursus.Mulai minggu depan bermula pula episod kursus di sekolah selama 4 minggu. Apa yang hendak dijalankan nanti masih dalam perancangan minda saya.

Wednesday, October 21, 2009

Bestari

Kursus Bestari kohot 3 telah hampir sampai ke penghujungnya. Pejam celik tidak sedar sudah 3 minggu lepas saya mengikuti kursus ini. Banyak pengalaman manis dialami bersama peserta kursus dan juga tenaga pengajar. Jika selama ini tidak berapa celik dengan bestari, kini dapatlah dikatakan telah memahami apa itu bestari dan perlaksanaannya.
Saya belajar menggunakan pelbagai aplikasi komputer dengan bantuan rakan-rakan yang ringan tulang dan tidak kedekut berkongsi ilmu.
Rasa seperti menjadi orang baru setelah berada di kalangan mereka yang bestari.

Tuesday, October 20, 2009

Salam Satu Malaysia

Saya peserta baru blog ini mengirimkan salam perkenalan,salam satu Malaysia kepada para pengguna blog yang lain.