Wednesday, October 21, 2009

Bestari

Kursus Bestari kohot 3 telah hampir sampai ke penghujungnya. Pejam celik tidak sedar sudah 3 minggu lepas saya mengikuti kursus ini. Banyak pengalaman manis dialami bersama peserta kursus dan juga tenaga pengajar. Jika selama ini tidak berapa celik dengan bestari, kini dapatlah dikatakan telah memahami apa itu bestari dan perlaksanaannya.
Saya belajar menggunakan pelbagai aplikasi komputer dengan bantuan rakan-rakan yang ringan tulang dan tidak kedekut berkongsi ilmu.
Rasa seperti menjadi orang baru setelah berada di kalangan mereka yang bestari.

No comments:

Post a Comment